Rabu, 14 Maret 2012

VIRGIN COCONUT OIL


VIRGIN COCONUT OIL


Virgin Coconut Oil atau minyak kelapa murni adalah minyak kelapa yang diperolehi daripada daging kelapa segar tanpa sebarang penambahan zat kimia bagi menghasilkan asid lemak yang terbaik mutunya. Minyak kelapa terbukti memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk memperlancarkan metabolisme dan meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Ianya mengandungi banyak zat aktif yang berkhasiat untuk tubuh badan, seperti Middle Chain Fatty Acid (MCFA), monogliserida, EPA dan DHA.

MCFA merupakan asid lemak rantai yang dapat berkembang dan minyak kelapa merupakan diantara sumber makanan yang paling kaya dengan MCFA. MCFA yang terdapat pada minyak kelapa murni mengandungi Asid Laurat dan Asid Kaprat yang dapat berfungsi sebagai pencegah bakteria dan kulat.

Berbeza dengan kandungan asid lemak yang terdapat pada minyak umumnya minyak kelapa murni tidak akan dimetabolisme menjadi kolesterol apabila berada di dalam tubuh. Tetapi, oleh kerana kandungannya terdapat MCFA, maka ianya akan diuraikan di dalam tubuh dan digunakan bagi penghasilan tenaga. Disebabkan minyak kelapa menghasilkan tenaga, ianya tidak akan menyebabkan peningkatan kolesterol dalam tubuh apabila dimakan dengan tetap.
Kebaikan K-Sauda VCO:
  • Meningkatkan fungsi sistem imuniti badan
  • Mencegah jangkitan bakteria selesema, sakit kerongkong dan virus influenza
  • Mencegah jangkitan parasit dan kulat, eksema dan cirit-birit
  • Menurunkan berat badan serta sesuai sebagai suplemen bagi pesakit kencing manis
  • Merendahkan risiko sakit koronori jantung, hipertensi, strok dan arterosklerosis
  • Mempercepatkan proses penyembuhan prostat dan tiroid
  • Membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar